Anda di sini

Sabah kehilangan pemimpin luar biasa: Hajiji

Advertisement
MENDIANG JOSEPH KURUP
MENDIANG JOSEPH KURUP

KOTA KINABALU: Sabah kehilangan seorang pemimpin yang berpengalaman dan luar biasa dengan pemergian Tan Sri Joseph Kurup.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. 

"Mengimbas kembali semasa saya bekerja bersama beliau sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah pada 1994, saya teringat kepimpinan beliau yang luar biasa dan sumbangan besarnya kepada masyarakat, negeri dan negara. 

"Legasi Tan Sri Joseph Kurup adalah satu dedikasi dan perkhidmatan yang menjadi kehilangan sebenar kepada kita semua,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mendiang yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur malam tadi.

Berita pemergian bekas Ahli Parlimen Pensiangan berusia 79 tahun itu disahkan oleh pegawai kepada anaknya Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Presiden PBRS dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Semasa hayatnya, mendiang pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Intergrasi Nasional) dan bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994.

Jenazah mendiang dijadual dibawa pulang ke Sabah hari ini.
 

  • oleh
  • Advertisement