Anda di sini

Kes WTD: Dua penjawat awam dibebas dengan jaminan polis

Advertisement
 

SIBU: Dua penjawat awam yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menipu dan memalsukan dokumen melibatkan pengeluaran Wang Tidak Dituntut (WTD) berjumlah RM175,000, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Majistret Onn Kork Chern membenarkan pembebasan itu selepas tempoh tahanan reman kedua-dua suspek tamat hari ini.

Berdasarkan laporan sebelum ini, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 29 dan 42 tahun ditahan pada Isnin dan Ahad lepas bagi membantu siasatan berhubung kes menggunakan dokumen palsu bagi menuntut WTD milik tiga orang berbeza.

Suspek dipercayai menggunakan dokumen palsu seperti salinan sijil kematian palsu, salinan sijil probet palsu dan salinan surat akuan sumpah palsu untuk membuat tuntutan WTD milik mangsa.

Ketiga-tiga mangsa menafikan mengenali suspek yang membuat tuntutan tersebut dan hadir ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Berikutan laporan itu, empat suspek telah ditangkap pada 15 April lepas bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dua lagi suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement