Anda di sini

Pelajar sekolah berpeluang kongsi idea kehidupan mampan bersama Lewis Hamilton

Advertisement
Lewis dan Lisy bersama pemenang Student Voice Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris pada sesi pertemuan khas yang diadakan di Shanghai,China.
Lewis dan Lisy bersama pemenang Student Voice Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris pada sesi pertemuan khas yang diadakan di Shanghai,China.

KUCHING: Sekumpulan pelajar sekolah rendah dan menengah berpeluang berkongsi idea kehidupan mampan mereka dengan pemandu Formula One Mercedes-AMG PETRONAS Lewis Hamilton semasa sesi pertemuan dan sapaan khas diadakan menjelang Grand Prix China, baru-baru ini.

Pelajar-pelajar berkenaan merupakan yang memenangi ‘Student Voice’ Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris di Shanghai, China.

Bertemakan “Memacu Ke Arah Masa Depan Hijau, Memperkasa Suara Belia”, sesi itu mempamerkan hasil kerja tiga pasukan pemenang daripada edisi pertandingan tahun ini yang berpaksikan idea dan amalan mampan untuk masa hadapan.

Ia selaras dengan salah satu tonggak impak sosial Petronas tonggak iaitu ‘Planting Tomorrow’ yang memberi tumpuan kepada mendidik minda muda tentang kepentingan pemuliharaan biodiversiti dan kehidupan lestari.

Ketua Perwakilan Pejabat Perwakilan Petronas Beijing Lisy Lee berkata, "Di Petronas, kami bersemangat untuk memacu kemajuan ke arah masa depan yang lebih baik untuk semua, dan ini termasuk menyediakan komuniti untuk lebih menyesuaikan diri, berdaya tahan dan menyumbang ke arah planet yang lebih sihat.

Gambar beramai-ramai yang diambil selepas sesi perkongsian dan pertemuan khas pelajar bersama Lewis di Shanghai, China.
Gambar beramai-ramai yang diambil selepas sesi perkongsian dan pertemuan khas pelajar bersama Lewis di Shanghai, China.

“Kerjasama kami dengan Student Voices bukan sahaja memainkan peranan penting dalam menarik minda muda untuk memperdalam pemahaman dan kesedaran mereka tentang pembangunan mampan untuk masa depan, tetapi ia berfungsi sebagai platform untuk kami memupuk pemahaman bersama tentang tanggungjawab kolektif kami."

Diadakan sempena kembalinya Formula One ke Shanghai selepas berehat selama lima tahun dan juga untuk memperingati ulang tahun ke-20 Formula One Grand Prix China, pertandingan tahun ini memperkenalkan format khas yang menggalakkan kerjasama berpasukan di kalangan pelajar serta peluang untuk mereka melibatkan diri dalam dialog yang mendalam tentang idea transformasi mereka dengan Lewis.

Lewis berkata, “Sungguh mengagumkan untuk melihat keghairahan pelajar muda ini terhadap kehidupan yang mampan. Sama seperti perlumbaan Formula One, kerja berpasukan adalah kunci kepada prestasi, dan melihat sejauh mana ketiga-tiga kumpulan itu bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain sesuatu yang sangat baik.”

Petronas akan terus komited kepada pembangunan berkarbon rendah dan mampan, untuk menyepadukannya ke dalam strategi dan operasi hariannya.

Semasa acara itu, pasukan yang menang diberi peluang untuk terlibat dalam dialog yang mendalam untuk berkongsi idea transformasi mereka dengan Lewis.
Semasa acara itu, pasukan yang menang diberi peluang untuk terlibat dalam dialog yang mendalam untuk berkongsi idea transformasi mereka dengan Lewis.

Ia sambil secara aktif memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya yang tertumpu pada tiga tonggak impak sosial yang positif iaitu ‘Powering Knowledge’; ‘Uplifting Lives’; dan ‘Planting Tomorrow’.
 

Advertisement