Anda di sini

JMKMKK Cina baharu ditubuhkan di Limbang

Advertisement
Temengung Leong (duduk tiga kiri) bersama ketua kaum dan ketua masyarakat Cina bahagian Limbang mesyuarat baru-baru ini.
Temengung Leong (duduk tiga kiri) bersama ketua kaum dan ketua masyarakat Cina bahagian Limbang mesyuarat baru-baru ini.

LAWAS: Jawatankuasa Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (JMKMKK) kaum Cina yang baharu telah ditubuhkan di bahagian Limbang.

Pengerusi JMKMKK Temenggong Leong Boon Ming berkata JMKMKK bahagian Limbang satu wadah untuk mengukuhkan untuk perhubungan antara ahli-ahlinya, demi meningkatkan pembangunan dan kebajikan masyarakat Cina di Limbang.

“Penubuhan JMKMKK ini penting dalam mengukuhkan kepimpinan di peringkat akar umbi, menyampaikan dasar kerajaan dan menjaga kebajikan kaum Cina di bahagian Limbang,” katanya dalam Mesyuarat Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Cina Bahagian Limbang di Bilik Mesyuarat, Persatuan Foochow Lawas, di sini,  baru-baru ini.

Pada mesyuarat itu beliau menyuarakan hasrat masyarakat Cina agar kerajaan  menambahkan jawatan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Cina di Limbang dan Lawas oleh sebab penduduk Cina kian bertambah.

“ Masalah kehidupan penduduk kian meningkat dan banyak masalah dan permintaan penduduk dalam bidang pertanian, perusahaan dan perniagaan perlu dikemukakan kepada pihak kerajaan melalui JMKMKK.

“Selain itu, ramai penduduk miskin perlu memohon bantuan kepada pihak kerajaan yang perlu diketengahkan melalui JMKMKK,” ujarnya.

JMKMKK dipengerusikan oleh Temenggong Leong Boong Ming, Pemanca Tan Yong H-ng (Timbalan Pengerusi),  Pemanca Chua Beng Soon (Naib Pengerusi), Kapitan Lee Yiing Chiong (Setiausaha) dan  Kapitan Ngu Lu King (Bendahari).

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada  Penghulu Liaw Soon Teck, Penghulu Liaw Chow Tien, Penghulu Yong Kah Chu, Penghulu Ang Chiw Kiam, Kapitan Tay Kim Chuan, Kapitan Tan Kheng Guan, Kapitan Kong Foh Liem dan Kapitan Tan Hui Teck.
 

  • oleh
  • Advertisement