Anda di sini

Kembara 11 juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan

Advertisement
Julaihi merakam gambar kenang-kenangan bersama barisan kedua-dua pemain yang berjaya ke peringkat akhir pada kejohanan itu, semalam.
Julaihi merakam gambar kenang-kenangan bersama barisan kedua-dua pemain yang berjaya ke peringkat akhir pada kejohanan itu, semalam.

KUCHING: Prestasi hebat yang dipamerkan oleh Kembara 11 membawa hasil setelah berjaya merangkul kejuaraan sempena Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau, Dato Sri Haji Julaihi Narawi merangkap Menteri Utiliti Dan Komunikasi Sarawak.

Ini sekali gus menyaksikan pasukan pilihan itu, mengekalkan gelaran juara yang pernah dimenangi musim lalu.

Aksi final kejohanan edisi Ke-30 itu berjaya mengalahkan pasukan dari Sadong Jaya, Kaslo FC dengan jaringan 4-2 di padang bola sepak Kampung Sebangan, Sebuyau semalam.

Ini membolehkan pemain Kembara 11 membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala dan jersi.

Dalam pada itu, pasukan Kaslo FC, selaku naib juara menerima wang tunai RM3,000 bersama piala dan jersi.

Sementara, tempat ketiga milik pasukan BMR Asajaya yang membawa pulang wang tunai RM1,500, piala dan jersi selepas berjaya menewaskan Family FA ditempat keempat dengan jaringan 2-0 yang turut membawa balik wang tunai RM750 dan jersi.

Bagi pemain terbaik kejohanan itu, Mohd Daniel Hazwan (Kaslo FC) dipilih menerima anugerah terbabit setelah perlawanan akhir tamat.

Manakala, penyerang Kembara 11, Noraslin Bakar diumum sebagai penerima anugerah penjaring terbanyak kejohanan dengan menyumbang tujuh jaringan semasa kejohanan.

Lebih meriah, aksi akhir itu turut dihadiri oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi sebelum menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Pegawai Tadbir Sarawak (SAO) Pejabat Daerah Sebuyau Tahir Putih, Pengerusi Kejohanan Osman Jamil dan ketua-ketua masyarakat.

Mengenai kejohanan, ia sentiasa dianjurkan oleh PBB Cawangan Sebuyau dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sebangan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kejohanan kali ini bermula pada 12 April lalu dan disertai 32 pasukan.
 

  • oleh
  • Advertisement