Anda di sini

Pemimpin politik tidak lepaskan peluang meraikan Hari Raya di Limbang

Advertisement
Henry (duduk empat kiri) Ang bersama PDP Batu Danau dan Bukit Kota ketika mengadakan kunjungan rumah terbuka Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri)  dan isteri Datin Dayang Maimunah Mohd Awang Daud (dua kiri).
Henry (duduk empat kiri) Ang bersama PDP Batu Danau dan Bukit Kota ketika mengadakan kunjungan rumah terbuka Dr Abdul Rahman (duduk tiga kiri) dan isteri Datin Dayang Maimunah Mohd Awang Daud (dua kiri).

LIMBANG: Bukan sahaja masyarakat setempat, pemimpin dari pelbagai parti politik turut tidak melepas peluang untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Limbang.

Kemeriahan suasana Aidilfitri itu terserlah pada kunjungan rumah terbuka yang dianjurkan masyarakat Islam pada satu Syawal.

Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Batu Danau Henry Madai turut memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan mengadakan kunjungan rumah terbuka ke kediaman beberapa pemimpin di Limbang.

Antara kediaman yang dikunjungi termasuk Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah di Dewan Bunga Raya, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail di Kampung Nauran dan kediaman Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat di Kampung Sayong.

Turut hadir ialah Pengerusi PDP Bukit Kota Ang Ek Chong, Ketua Wanita PDP Batu Danau yang juga Exco Wanita PDP Negeri Lim Goon Tee dan Ketua Pemuda PDP Batu Danau yang juga Exco Negeri Kaunselor Daniel Taha.
 

  • oleh
  • Advertisement