Anda di sini

Hoki: SMK Penrissen juara MSS Daerah Kuching

Advertisement

 Skuad hoki SMK Penrissen meraikan detik kejuaraan bersama piala dan medal yang dimenangi.

GEMBIRA: Skuad hoki SMK Penrissen meraikan detik kejuaraan bersama piala dan medal yang dimenangi.

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen muncul juara Pertandingan Hoki Lelaki Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah (MSS) Daerah Kuching selepas menewaskan SMK Green Road 2-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Penrissen terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelima perlawanan oleh Adolf Hitler menerusi pukulan sudut penalti.

Selang seminit kemudian, rakan sepasukan Ansler Depran menambah koleksi gol skuad Penrissen untuk terus selesa di hadapan.

Bagaimanapun, gol sagu hati Green Road muncul pada minit ke-15 apabila Rosswell Bettie meledak jaringan menewaskan penjaga gol Penrissen.

 Skuad hoki Bawah 15 Tahun SMK Green Road merakamkan gambar kenangan ketika meraikan detik kejuaraan.

TAHNIAH: Skuad hoki Bawah 15 Tahun SMK Green Road merakamkan gambar kenangan ketika
meraikan detik kejuaraan.

Manakala, tempat ketiga disandang oleh SMK Paku apabila menang bergaya menundukkan SMK St Thomas dengan jaringan 4-0.

Dalam perkembangan berasingan, skuad Bawah 15 Tahun SMK Green Road cemerlang meraih gelaran juara selepas menang tipis 1-0 ketika berdepan SMK Agama Matang dalam saingan akhir.

Abdul Razak muncul wira Green Road apabila tampil selaku penjaring gol tunggal perlawanan pada minit ke- 24 menerusi pukulan sudut penalti.

Gol kemenangan tersebut sekali gus melakar sejarah buat sekolah itu untuk bergelar johan kategori yang dipertandingkan.

Ternyata SMK Green Road mempamerkan aksi cemerlang apabila mendominasi dua kategori kejohanan tersebut sekali gus beraksi di peringkat akhir.

Difahamkan, kejohanan dua hari dari 6 hingga 8 April itu disertai oleh 12 sekolah dari Daerah Kuching.

 

 

Advertisement