Anda di sini

Rasuah: Bekas eksekutif Petrobras dipenjara 11 tahun

Advertisement

BRASILIA: Seorang bekas ketua syarikat minyak gergasi Brazil, Petrobras, kelmarin dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah begitu meluas yang telah mencemari kebanyakan golongan elit perniagaan dan politik di negara itu.

Aldemir Bendine, yang juga bekas ketua Banco do Brasil, salah sebuah bank terbesar di Amerika Latin, dihukum kerana menerima rasuah sebanyak tiga juta reais (kira-kira AS$3.53 juta) daripada konglomerat perniagaan Odebrecht.

Sogokan itu ada kaitan dengan penstrukturan se-          mula hutang Odebrecht Agroindustrial – salah satu cawangan konglomerat Odebrecht – dengan Banco do Brasil, kata hakim persekutuan Sergio Moro, yang mengeluarkan hukuman.

Bendine, 54, sudah berada di bawah tahanan pencegahan sejak Julai 2017.

Dokumen mahkamah menyebut Bendine meminta bayaran itu pada 2014, ketika dia mengetuai bank tersebut, tetapi menerimanya pada 2015, ketika dia sudah menjadi ketua Petrobras.

Bendine menjadi presiden Petrobras dengan matlamat membersihkan syarikat selepas jaringan rasuah dibongkar di syarikat minyak gergasi itu.

Perkara terakhir yang dijangkakan daripadanya ialah dia akan menjadi korup, sekali lagi meletakkan reputasi syarikat dalam bahaya,” Moro menulis dalam penghakimannya.

Menjalankan jenayah dalam konteks itu adalah sa-ngat serius dan menunjukkan tahap kesalahan yang tinggi,” beliau menulis.

Marcelo Odebrecht, taikun pembinaan di tengah skandal rasuah yang berkisar itu, dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun – tetapi mencapai perjanjian pengakuan dan bersetuju untuk memberikan keterangan sebagai balasan bagi pengurangan hukuman.

Di bawah perjanjian itu, 77 eksekutif Odebrecht S.A., termasuk Marcelo Odebrecht, mendedahkan skim rasuah mereka, yang begitu meluas sehinggakan ia memerlukan jabatan korporat tersendiri untuk mengurus rasuah.

Hakim Moro mengetuai siasatan rasuah yang meluas dikenali sebagai ‘Car Wash’ yang turut mencemari ahli politik kanan, termasuk Presiden Michel Temer, Luiz Inacio Lula da Silva, dan tiga bekas presiden lain. — AFP

Advertisement