Anda di sini

Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia

Advertisement
WONG
WONG

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia pagi semalam dipercayai akibat serangan jantung.

Seorang anggota sayap Wanita DAP Sabah memberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Wong, 64, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selepas dimasuk-kan ke hospital itu apabila mengadu sakit dada ketika menyertai aktiviti mendaki bukit.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut hadir di hospital berkenaan pagi semalam.

Mendiang memulakan pendakian kira-kira jam 6.30 pagi semalam bersama sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan dekat Kota Kinabalu.

Wong, yang juga Pengerusi DAP Negeri, merupakan ahli Parlimen Sandakan selama dua penggal dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahtera-an Rakyat pada Mei lalu. — Bernama

Advertisement