Anda di sini

Buktikan 1,300 ahli PKR keluar parti

Advertisement
MUSTAPHA
MUSTAPHA

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menyeru bekas Timbalan Pengerusi PKR Cawangan Kota Kinabalu Roman Lo untuk membuktikan seramai 1,300 ahli PKR kawasan itu keluar parti.

Timbalan Ketua PKR Sabah Mustapha Sakmud menegaskan Roman perlu membuktikan dakwaan berkenaan sekiranya benar.

"Kami mahu Roman memberikan senarai nama ahli-ahli yang didakwa keluar dari PKR bersama beliau.

"Supaya kami boleh mengemas kini nama mereka dalam pangkalan data PKR Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini, Roman dalam satu kenyataan, beliau bersama 1,300 ahli keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Sabah (PCS).

Dakwanya, beliau tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR Sabah sekaligus menyertai PCS yang diterajui Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Beliau turut menjelaskan sudah membentuk satu jawatankuasa pro-tem untuk PCS Bahagian Parlimen Kota Kinabalu seterusnya bersiap siaga berhadapan dengan pilihan raya pada masa hadapan.

  • oleh
  • Advertisement