Anda di sini

Verdon dilantik Pengarah Sabah Football Club Sdn Bhd

Advertisement
VERDON
VERDON

KOTA KINABALU: Ahli perniagaan, Datuk Verdon Bahanda dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Football Club Sdn Bhd berkuatkuasa 12 November lepas.

Pelantikan itu diumumkan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria menerusi kenyataannya, di sini.

“Verdon adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan memenuhi kriteria ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menerajui sukan profesional ini,” katanya.

Pada masa sama, Presiden Keningau FA Rafie Robert dilantik Setiausaha Agung SAFA yang baharu, manakala Naib Presiden FAM Joehari Datuk Ayub pula selaku Bendahari.

Untuk rekod, kedua-dua jawatan penting terbabit sebelum ini disandang oleh Andrew Majanggim (bekas Setiausaha Agung) dan Yap Wai Loon (bekas Bendahari).

  • oleh
  • Advertisement