Anda di sini

Hanya kenderaan persendirian, individu dibenarkan melalui ICQS Biawak

Advertisement

KUCHING: Hanya kenderaan persendirian atau individu dari Indonesia dibenarkan masuk ke negeri ini melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak, Lundu bermula esok, 15 April 2022.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata, kenderaan-kenderaan berkenaan mesti memenuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Semua pengembara yang memasuki negeri ini mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, tambahnya.

Kompleks ICQS Biawak, Lundu akan dibuka semula bermula esok setelah ditutup kepada orang ramai hampir dua tahun lalu akibat penularan COVID-19.

Advertisement