Anda di sini

Pasukan bola keranjang Sibu juarai Kejohanan Bola Keranjang

Advertisement

SIBU: Pasukan bola keranjang Sibu masing-masing berjaya menjuarai kategori lelaki dan perempuan pada Kejohanan Bola Keranjang 18 Tahun Ke Bawah Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak 2022, yang berakhir pada Rabu.

Naib juara kategori lelaki menjadi milik pasukan Bintulu, diikuti pasukan Miri dan Sarikei ditempat ketiga dan keempat.

Pasukan Kuching pula muncul naib juara kategori perempuan sementara pasukan Sarikei dan Miri mendapat tempat ketiga dan keempat. 

 

Kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Sibu bermula 25 Julai lepas disertai tujuh pasukan lelaki dan lima pasukan perempuan.  

Bagi Kejohanan Bola Keranjang 12 Tahun Ke Bawah, kategori lelaki dimenangi pasukan Kuching sementara kategori perempuan milik pasukan Miri.

Tempat ketiga dan keempat kategori lelaki masing-masing menjadi milik pasukan Betong dan Miri. Pasukan Kuching dan Sri Aman pula masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat dalam kategori perempuan.

Kejohanan 12 Tahun Ke Bawah pula berlangsung di Gelanggang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua serta masing-masing disertai sembilan pasukan.

Kejohanan ini adalah untuk memilih pemain pasukan Sarawak pada Kejohanan Bola Keranjang MSSN dari 4 hingga 7 Sept ini di Kuala Lumpur.

Advertisement