Anda di sini

Kuching FA benam Samarahan FA 3-1

Advertisement
kuad Kuching FA berjaya menjulang kejuaraan Kejohanan Bola Sepak LWN Zon Sarawak 2022, semalam. Turut kelihatan Abdul Karim.
Skuad Kuching FA berjaya menjulang kejuaraan Kejohanan Bola Sepak LWN Zon Sarawak 2022, semalam. Turut kelihatan Abdul Karim.

KUCHING: Pasukan Kuching FA merekodkan kejuaraan selepas mengalahkan Samarahan FA dalam aksi Kejohanan Bola Sepak Liga Wanita Nasional (LWN) Zon Sarawak 2022, semalam.

Aksi akhir yang berlangsung di Stadium Mini, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu menyaksikan Kuching FA merekodkan kemenangan selesa (3-1) ka atas Samarahan FA.

Berikutan kejayaan itu, Skuad Kuching FA membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala dan pingat.

Manakala, wang berjumlah RM3,000, piala dan pingat diterima pasukan tuan rumah selaku naib juara.

Sementara itu, pasukan Sibu FA menduduki tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM2,000 serta piala dan pingat.

Ia (Sibu FA) hasil selepas menumpaskan Serian FA (1-0) ditempat keempat yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala.

Lebih menyerikan majlis penyampaian hadiah, ia disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang turut serta menyaksikan perlawanan akhir bola sepak wanita berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Nancy Jolhi.

Turut hadir Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Sivasundaram a/l Sithamparam Pillai, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais serta barisan exco badan induk berkenaan.

Terdahulu, enam pasukan berentap pada saingan kejohanan itu yang bermula pada 27 Julai lalu.

Pasukan terbabit ialah Samarahan FA, Serian FA dan Betong FA (Kumpulan A).

Di samping tiga lagi pasukan iaitu Sarikei FA, Sibu FA dan Kuching FA (Kumpulan B).
 

Advertisement