Anda di sini

SUKMA: Bola keranjang atasi lawan pada perlawanan pertama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pasukan bola keranjang lelaki Sarawak Sukan Malaysia (SUKMA) mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan Pahang dengan mata 87-54 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Basket Ball (MABA) di sini, malam Khamis.

Perlawanan Kumpulan A itu menyaksikan Sarawak mendahului Pahang dengan 50-16 pada separuh masa pertama sebelum menamatkan kemenangan mereka dengan perbezaan 33 mata.

Ia berikutan perubahan strategi dan taktikal pada separuh masa kedua.

Antara aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan iaitu Sarawak dan Pahang menerusi saingan Kumpulan A yang berlangsung di Stadium MABA, malam Khamis.
Antara aksi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan iaitu Sarawak dan Pahang menerusi saingan Kumpulan A yang berlangsung di Stadium MABA, malam Khamis.

Ketua jurulatih Yong Kian Ann memuji pasukannya berpuas hati dengan aksi permainan dan mampu menyesuaikan diri dengan rentak permainan pihak lawan.

"Berikutan itu, pasukan bola keranjang meletakkan sasaran dalam SUKMA ini dan pemain bakal mengetengahkan aksi terbaik dalam perlawanan terbabit," katanya.

Hari ini, pasukan lelaki Sarawak bakal berdepan dengan Pulau Pinang dalam aksi kumpulan, manakala pasukan wanita pula membuka kempen menentang Melaka dalam kumpulan A.

  • oleh
  • Advertisement