Anda di sini

Bau busuk bawa penemuan mayat jiran

Advertisement
 Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan posisi duduk di atas kerusi.
DITEMUKAN: Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan posisi duduk di atas kerusi.

SANDAKAN: Bau busuk yang sangat kuat membawa kepada penemuan seorang lelaki warga tempatan yang tinggal bersendirian di sebuah Flat Taman Sejati, di sini petang tadi

Curiga dengan bau busuk yang tidak menyenangkan itu, memaksa jiran sebelah rumah menghubungi MERS999 kira-kira jam 2.20 petang untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati jeriji besi pintu rumah mangsa dalam keadaan berkunci.

Katanya, polis segera meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan untuk membuka jeriji besi berkenaan.

“Sebaik pintu berkenaan berjaya dibuka, polis menemukan mayat seorang lelaki berumur 57 tahun dalam keadaan posisi duduk di atas kerusi ruang tamu.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan bentuk fizikalnya yang sudah kembung dan mengeluarkan bau,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

 Pasukan bomba terpaksa memotong gril rumah mangsa menggunakan pemotong besi.
OPERASI: Pasukan bomba terpaksa memotong gril rumah mangsa menggunakan pemotong besi.

Menurutnya, mayat mangsa dikemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk dibedah siasat.

Abdul Fuad berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat mangsa.

“Setakat ini tidak terkesan sebarang unsur jenayah ke atas mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement