Anda di sini

Pelbagai acara diadakan sempena program Induction Adventurers and Pathfinders Gereja SDA Keningau

Advertisement
 Peserta 'Induction Adventurers and Pathfinders Gereja Seventh-Day Adventist Church (SDA) daerah Keningau merakamkan kenangan selepas program itu.
ALBUM: Peserta 'Induction Adventurers and Pathfinders Gereja Seventh-Day Adventist Church (SDA) daerah Keningau merakamkan kenangan selepas program itu.



KENINGAU: Berbagai acara diadakan bagi memeriahkan Malam 'Induction Adventurers and Pathfinders' Gereja Seventh-Day Adventist Church (SDA) daerah Keningau yang diadakan di Gereja SDA Pekan Keningau kelmarin.


Seramai 51 peserta termasuk Masterguide (MG), Masterguide in Training (MIT), Adventure dan Pathfinder turut  hadir menjayakan program terebut yang melibatkan tiga buah kelab iaitu 'Faithful Club', 'Crocker Club' dan 'As One Club' masing-masing daripada  gereja SDA Pekan Keningau, Toboh Baru dan Gereja Magatang.


Program dimulakan dengan perarakan masuk yang diserikan dengan lagu Maju Tentera Yesus yang terdapat dalam Lagu Pujian Masa Kini (LPMI no 152).


Seterusnya lagu nyanyian NegaraKu, Lagu Adventurer dan Lagu Pathfinder serta  Aim dan Motto Adventist Youth turut dipersembahkan.

 Gerdaline Amaris Lajawai (dua kanan)  dan Ethen Malachai   (dua kiri) bersama peserta lain daripada Adventure Kelab Crocker Gereja SDA Toboh Baru.
ACARA MENYALAKAN LILIN: Gerdaline Amaris Lajawai (dua kanan)  dan Ethen Malachai   (dua kiri) bersama peserta lain daripada Adventure Kelab Crocker Gereja SDA Toboh Baru.

 
Manakala Ikrar dan Undang-Undang Adventurer dan Pathfinder masing-masing dilafazkan oleh Geraldine Amaris Lajawai dan Jayrell Boyd Aleandro Joini. Sementara bacaan Menyahut Cabaran Adventurer dibacakan oleh Masterguide (MG) Samih Kukung dan Masterguide In Training (MIT) Edna Magdalena John Gitang.


Upacara kemuncak program petang itu ialah penyampaian Award dan Honor Acara tahun 2022.

 
Majlis diteruskan dengan Masterguide (MG) Pastor Elver Doasa menyalahkan Lilin 'Spirit of Pathfindering' yang melambangkan semangat penghormatan, latihan, pengembaraan, keseronokan, pembelajaran, kesedaran dan kebangkitan kepada Tuhan dan manusia.

 
Acara penyalaan lilin bagi kelas-kelas progressive turut diadakan oleh Kelab Adventurer Adventurer Foundation dan Progressive Classes yang terdiri daripada kelas Busy Bee (Lebah Rajin), Sunbeam (Sinar Matahari), Bulider (Pembangunan) dan Helping Hand (Tangan Menolong).


Sementara acara bagi Kelab Pathfinder terdiri daripada  kelas Friend (Sahabat), Companion(Teman), Ranger (Perintis), Voyager, Guide (Pemimpin).

 Gerdaline Amaris (kiri) bersama adiknya Ethen Malachai merupakan antara peserta Adventure daripada Kelab Crocker Gereja SDA Toboh Baru yang menyertai program tersebut.
TABIK HORMAT: Gerdaline Amaris (kiri) bersama adiknya Ethen Malachai merupakan antara peserta Adventure daripada Kelab Crocker Gereja SDA Toboh Baru yang menyertai program tersebut.


Seterusnya acara diakhiri dengan doa Penyerahan yang dilayangkan oleh Penyelaras Pathfinder Wilayah 11, Master Guide (MG) Pastor Elver Doasa.


Turut hadir Pastor Daerah Keningau Pastor Giftor Jepth Ginda, Pastor Imbuhan Patrick dan Pastor Natanael Sawanai.

 

  • oleh
  • Advertisement