Anda di sini

Agnes dilantik Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia

Advertisement
AGNES

MIRI: Aktivis kesihatan dan sosial yang juga bekas Ketua Wanita PKR Sarawak Agnes Padan kini dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu menggantikan Daroyah Alwi. 

Agnes ketika dihubungi mendedahkan bahawa beliau menyertai PBM lebih kurang dua bulan selepas Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) pada 2021 yang menyaksikan beliau turut bertanding atas tiket bebas menentang empat pencabar lain bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan. 

“Saya menyertai PBM lebih kurang dua bulan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak. 

“Sememangnya banyak kerja perlu dibuat dan mengutamakan rakyat adalah keutamaan kami,” katanya kepada The Borneo Post dan Utusan Borneo ketika dihubungi di sini. 

Dalam pada itu Agnes berkata, dengan pelantikan tersebut beliau berhasrat mempertingkatkan bidang keusahawanan dalam kalangan wanita. 

“Antara perancangan awal saya adalah untuk menguatkan sayap wanita parti dengan menggalakkan penglibatan wanita menjadi suara kepada komuniti mereka. 

“Saya juga mahu para wanita menceburi bidang keusahawanan terutama dalam sektor agro,” ujarnya. 

Advertisement