Anda di sini

70 belia berjaya dilahirkan menerusi STEP, JPSM

Advertisement
 Alijah (duduk tengah), Dg Norsiah (duduk empat kiri) dan Alicia (duduk tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta kursus jahitan sempena majlis itu.
ALBUM: Alijah (duduk tengah), Dg Norsiah (duduk empat kiri) dan Alicia (duduk tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta kursus jahitan sempena majlis itu.


KOTA KINABALU: Seramai 70 belia berjaya menamatkan kursus di bawah Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) yang dikendalikan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) tahun ini.


Pengarah JPSM, Dg Norsiah Ag Duraman berkata, terdapat beberapa kursus kemahiran dan keusahawanan ditawarkan menerusi STEP antaranya perpaipan, elektrikal, automotif, jahitan dan banyak lagi.


Katanya, program STEP bertujuan melahirkan usahawan khususnya dalam kalangan belia dan beliawanis di Sabah yang ditaja sepenuhnya oleh JPSM.

 Alicia (kiri) menunjukkan hasil jahitan peserta kepada Alijah (tengah) dan Dg Norsiah (dua kiri) sejurus merasmikan premis perniagaan yang akan diusahakan para peserta kursus.
PAMERAN: Alicia (kiri) menunjukkan hasil jahitan peserta kepada Alijah (tengah) dan Dg Norsiah (dua kiri) sejurus merasmikan premis perniagaan yang akan diusahakan para peserta kursus.


"Selain kursus kemahiran, peserta STEP juga dibantu dengan pelbagai bentuk bantuan bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan sejurus selepas menamatkan latihan.


"Sebagai contoh, peserta STEP di bawah 'Mobile Mechanic' diberi bantuan sebuah motosikal untuk memulakan perniagaan 'bengkel bergerak' selepas tamat kursus.


"Begitu juga bagi peserta kursus jahitan yang turut diberikan kemudahan mesin jahitan dan premis perniagaan," katanya.

 Alijah (tiga kanan) dan Dg Norsiah (kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian premis perniagaan yang akan diusahakan para peserta kursus jahitan sambil diperhatikan Alicia (dua kanan).
RASMIKAN: Alijah (tiga kanan) dan Dg Norsiah (kanan) memotong riben sebagai simbolik perasmian premis perniagaan yang akan diusahakan para peserta kursus jahitan sambil diperhatikan Alicia (dua kanan).


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus STEP yang disempurnakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Alijah Ismail, baru-baru ini di Grand Merdeka Mall.


Hadir sama Pengurus Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK), Alicia Lenson.


Terdahulu, seramai 10 peserta bidang keusahawanan pembuatan pakaian menerima sijil tamat kursus STEP di bawah AJKK disampaikan Alijah di majlis itu.

 Alicia (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Alijah (tengah) sejurus merasmikan penutupan kursus itu.
HARGAI: Alicia (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Alijah (tengah) sejurus merasmikan penutupan kursus itu.


Sementara itu, Alicia yang ditemui berkata, pihaknya sentiasa komited memberi latihan di bawah STEP bagi membantu pihak kerajaan untuk melahirkan usahawan belia berkemahiran.


"Saya mengalukan-alukan kerjasama di antara AJKK dan JPSM di bawah program STEP yang dilihat mampu membentuk jati diri keusahawanan pada belia di Sabah," katanya.

  • oleh
  • Advertisement