Anda di sini

Peningkatan HFMD di Limbang, ibu bapa diseru berjaga-jaga

Advertisement
Dr Abdul Rahman (dua kanan) menyempurnakan upacara membuka mata singa sempena TBC di Pejabat Persatuan Hockien Limbang hari ini.
Dr Abdul Rahman (dua kanan) menyempurnakan upacara membuka mata singa sempena TBC di Pejabat Persatuan Hockien Limbang hari ini.

LIMBANG: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail meminta penduduk di daerah ini agar meningkatkan langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan susulan peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Limbang.

Katanya, semua pihak termasuk ibu bapa perlu sentiasa mengawasi kesihatan anak-anak.

"Antara yang dilaporkan meningkat ialah penyakit HFMD yang kebanyakannya menjangkiti kanak-kanak.

“Mereka yang mempunyai tanda gejala penyakit itu perlu segera mendapatkan rawatan di hospital bagi mengurangkan risiko jangkitan," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pembukaan Mata Singa Sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di Pejabat Persatuan Hockien Limbang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata lagi, semua pihak termasuk ketua masyarakat perlu membantu menghebahkan infografik tentang penyakit HFMD di media sosial untuk membendung penularannya.

Kata beliau, langkah berwaspada ini perlu ditingkatkan terutama sempena sambutan TBC ini tanpa mengabaikan aspek kebersihan asas seperti mencuci tangan dengan kerap dan memastikan tempat-tempat yang sering dicapai oleh kanak-kanak kekal bersih.
 

  • oleh
  • Advertisement