Anda di sini

Polis sahkan Taib berada di kediaman, lapan laporan terhadap Ragad

Advertisement
MANCHA
MANCHA

KUCHING: Polis mengesahkan bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berada di kediaman peribadinya di Demak Jaya, Petra Jaya di sini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata mantan TYT terbabit tidak meninggalkan negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa pelancaran Ops Selamat Tahun Baharu Cina 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Pengesahan itu adalah susulan laporan polis yang dibuat terhadap isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib kerana membawanya keluar dari hospital swasta di sini pada 11.56 malam pada Sabtu.

Mancha turut mendedahkan bahawa polis telah menerima lapan laporan polis terhadap Ragad.

Advertisement