Anda di sini

SJKC Thai Kwang siap sedia hadapi cabaran 2024

Advertisement
Tiong (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kumpulan pelajar cemerlang Tahun 6 SJKC Thai Kwang.
Tiong (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kumpulan pelajar cemerlang Tahun 6 SJKC Thai Kwang.

SIBU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Thai Kwang bersiap sedia menghadapi cabaran setelah menempuh pelbagai ujian pada tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Thai Kwang Datuk Tiong Thai King berkata, kejayaan menempuhi pelbagai cabaran sepanjang tahun lalu telah berjaya memupuk semangat positif di kalangan warga sekolah.

Katanya, pengalaman tersebut seharusnya menjadi batu loncatan kepada pembangunan pendidikkan di SJKC Thai Kwang.

"SJKC Thai Kwang harus memanfaatkan pengalaman tersebut sebagai motivasi untuk terus berkembang dan meningkatkan prestasi sekolah dalam pelbagai aspek.

“Dalam menghadapi tahun 2024, semangat positif ini diharapkan dapat memberikan dorongan kepada guru, murid, dan kakitangan sekolah untuk terus bekerja keras dan mencapai kejayaan lebih tinggi," katanya semasa berucap pada Majlis Pengharagaan dan Penyampaian Sijil dan Hadiah di SJKC Thai Kwang, di sini hari ini.

Tiong berkata, kejayaan yang diraih bukan hanya sekadar pencapaian dalam bidang akademik, tetapi juga dalam bidang kokurikulum dan sukan.

Justeru, beliau berharap 2024 akan membawa semangat baharu, pencapaian yang lebih gemilang dan kejayaan yang menambahkan kecemerlangan kepada sejarah SJKC Thai Kwang.

"Dengan semangat positif dan tekad yang kukuh, warga sekolah harus bersedia untuk melangkah ke hadapan dan mengukir pencapaian hebat di tahun yang baru," katanya.

Dalam majlis sama, Tiong memberitahu penghargaan tertinggi wajar diberikan kepada semua pihak yang turut serta dalam pembangunan sekolah.

Tegas beliau, kepimpinan yang mantap dan sokongan kukuh dari masyarakat setempat memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Katanya, guru, murid, kakitangan sekolah dan  masyarakat perlu memainkan peranan yang signifikan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan dalam masa sama mempersiapkan pelajar tahun enam menghadapi masa depan dengan penuh keyakinan.

"Pelajar Tahun Enam harus memiliki prestasi tinggi dalam bidang akademik dan kokurikulum di bagi membentuk landasan kukuh untuk masa depan yang cerah," jelasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement