Anda di sini

Yii agih geran RM61,000 kepada 21 organisasi

Advertisement
Yii (empat kanan) dan Hii bersama wakil penerima geran di SUPP Pujut hari ini.
Yii (empat kanan) dan Hii bersama wakil penerima geran di SUPP Pujut hari ini.

MIRI: Sejumlah 21 organisasi terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kelab di kawasan DUN Pujut menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) hari ini.

Penyerahan geran berjumlah RM61,000 itu telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii di dewan bangunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut.

Para penerima terdiri daripada Miri Kim’s Taekwondo Academy, Persatuan Kontraktor Pembinaan dan Kejuruteraan Awam Sarawak Bahagian Miri, Persatuan Ming Hing Ann, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak Daerah Miri, Persatuan Wanita Orang Ulu Miri, Yayasan Taiwan Buddhist Tzu Chi Malaysia, Persatuan Pengguna Miri, Junior Chamber International Lutong, Borneo Evangelical Mission Pujut 2 (Bahasa Mandarin), Persatuan Kesihatan Mental Cawangan Miri, Miri Community Holistic Development Activator, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Chung Hua Miri, Persatuan Xiang Qi Bahagian Miri, Persatuan Tang Soo Do Bahagian Miri, Kelab Foochow Hok Lin Miri, Persatuan Peningkatan Moral Miri Che Lee Khor, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sunflower Miri, Pertubuhan Muzik Miri, Pertubuhan Muzik Hua Ee Miri, Persatuan Cina Sarawak serta Persatuan Peminat Kebudayaan dan Kesenian Tradisional Miri.

Yii yang juga Datuk Bandar Miri berharap penerima geran terbabit memanfaatkan peruntukan yang diluluskan mengikut keperluan atau permohonan yang dipohon mereka untuk geran berkenaan. 

Turut hadir ialah Ketua Pemuda SUPP Pujut Kelvin Hii. 
 

  • oleh
  • Advertisement