Anda di sini

Pesta Angpow Gagasan Rakyat pada 18 Februari

Advertisement
 Stephen (tengah) bersama rombongan selepas mengedarkan kad ucapan Tahun Baharu Cina.
EDAR: Stephen (tengah) bersama rombongan selepas mengedarkan kad ucapan Tahun Baharu Cina.

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan Pesta Angpow pada 18 Februari ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Stephen Jimbangan berkata, semua warga Kapayan dijemput hadir untuk memeriahkan suasana pesta berkenaan.

"Acara bermula pada jam 6 petang di Beverly Hills Plaza, Jalan Bundusan, berhadapan pasaraya Milimewa.

"Pesta adalah dianjurkan bersama dengan Persatuan Kebajikan Bestari Sabah. Ia bertujuan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina bersama-sama dengan penduduk setempat serta untuk memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum yang sedia terjalin di Sabah disamping memelihara budaya kaum Tiong Hua di Malaysia.

"Pesta Angpow ini juga membuka ruang kepada pengusaha-pengusaha kecil untuk berniaga secara percuma pada malam pesta," katanya ketika beramah mesra dengan komuniti di Kapayan dengan mengedarkan kad ucapan Tahun Baharu Cina.

Stephen yang juga Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Kapayan berkata, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dijangka hadir untuk merasmikan pesta itu.

Katanya, pelbagai acara menarik seperti persembahan nyanyian dan tarian,  cabutan bertuah serta pertunjukan tarian singa dan naga telah disusun untuk tatapan para pengunjung pada malam pesta itu.

 Stephen (tengah) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan di Donggongon selepas mengedarkan kad ucapan Tahun Baharu Cina.
ALBUM: Stephen (tengah) bersama rombongan merakamkan gambar kenangan di Donggongon selepas mengedarkan kad ucapan Tahun Baharu Cina.
  • oleh
  • Advertisement