Anda di sini

Dua kempen derma darah di Sibu Ahad ini

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

SIBU: Gereja Masland Methodist dan Kelab Lions Sibu Loving Care akan menganjurkan kempen derma darah pada Ahad ini.

Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu itu akan diadakan di lokasi yang berbeza.

Program anjuran Gereja Masland Methodist akan diadakan di Jalan Pulau dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

Manakala kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu Loving Care di Bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sibu, Jalan Awang Ramli Amit dari jam 9 pagi hingga 2 petang. 

Penganjuran kempen itu sebagai usaha membantu Bank Darah hospital mendapatkan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti menderma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Advertisement