Anda di sini

Kemudahan taman permainan di Taman Chiong Seng perlu dinaik taraf

Advertisement
Anggota KRT bergambar semasa lawatan ke taman permainan tersebut di mana beberapa kanak-kanak sedang bermain.
Anggota KRT bergambar semasa lawatan ke taman permainan tersebut di mana beberapa kanak-kanak sedang bermain.

KAPIT: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Airport di sini, merayu Majlis Daerah Kapit (MDK) menaik taraf kemudahan taman permainan di Taman Chiong Seng di Jalan Padang Sukan.

Naib Pengerusinya Evelyn Biju berkata, taman permainan itu adalah satu-satunya ruang terbuka yang menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Taman Chiong Seng, Lorong Hijau, Taman Thiang Chiong dan Jalan Padang Sukan.
 
“Kami  bercadang untuk menulis surat kepada MDK bagi memohon penambahbaikan kemudahan dan landskap untuk manfaat keluarga yang datang ke taman permainan untuk beriadah.

“Pada masa sama, kami juga memohon supaya pihak majlis menambah lebih banyak kemudahan untuk manfaat kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai ahli KRT meninjau taman permainan berkenaan.

Evelyn juga berharap MDK akan memastikan kontraktornya menjalankan pemotongan rumput dan pembersihan parit di kawasan perumahan sekitar secara berkala.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang dalam proses mendaftarkan semua isi rumah di kawasan itu untuk mengemas kini butiran mereka.

“Pada masa akan datang, jika kewangan kita kukuh, kita mahu menghulurkan bantuan kebajikan kepada mana-mana isi rumah yang memerlukan,” ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement