Anda di sini

Kerajaan negeri perlu ambil pendekatan lebih berkesan basmi kemiskinan

Advertisement
 Salleh (kiri) bersama ADUN Dilantik Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ketika dalam sidang DUN Sabah.
BINCANG: Salleh (kiri) bersama ADUN Dilantik Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ketika dalam sidang DUN Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu mengambil langkah lebih komprehensif dan berkesan dalam usaha membasmi kemiskinan di Sabah

Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak (UMNO-USUKAN) berkata, pembinaan sejumlah 1,500 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah baik tetapi ia tidak mampu mengatasi masalah kemiskinan tegar.

"Langkah seperti menyediakan peluang pekerjaan kepada setiap isi keluarga, khususnya di kawasan luar bandar adalah pendekatan terbaik.

"Sekadar menyediakan rumah tidak akan memadai untuk membantu mereka dalam menghasilkan sumber pendapatan yang stabil," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Beliau mencadangkan penggunaan Bayaran Interim Tahunan yang kini berjumlah RM300 juta untuk membina kemudahan dan menyediakan sumber daya yang diperlukan dalam menjaankan program 1 Komuniti 1 Produk (1K1P), mirip dengan model program FELDA.

Katanya, isi rumah e-Kasih yang berminat terlibat dalam program ini boleh ditawarkan rumah secara percuma sebagai insentif.

"Dengan syarat mereka harus bersedia untuk 'disekolahkan' sebagai usahawan dalam bidang berkaitan di peringkat hiliran.

"Program seumpamanya sebelum ini telah terbukti berkesan dalam mencipta peluang pekerjaan dan  memperkasa ekonomi isi rumah," katanya.

Menurutnya, dengan pendekatan itu, kerajaan negeri akan dapat membantu dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan secara berkesan dengan memberikan manfaat berganda, penyediaan perumahan percuma serta peluang untuk menjana pendapatan.
 

  • oleh
  • Advertisement