Anda di sini

Peniaga mohon masalah catuan elektrik di Eastern Plaza Tawau diatasi

Advertisement
 Peniaga di Eastern Plaza Tawau menghadapi masalah kekerapan catuan elektrik.
GELAP: Peniaga di Eastern Plaza Tawau menghadapi masalah kekerapan catuan elektrik.

TAWAU: Peniaga di pusat beli belah Eastern Plaza Tawau memohon supaya pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dapat mengatasi masalah kekerapan catuan bekalan elektrik di premis berkenaan.

Peniaga, Heston Chu Chen Vui berkata, catuan bekalan elektrik di pusat berkenaan selalu berlaku sehingga menjejaskan perniagaan mereka.

Katanya, masalah ini sudah berlarutan beberapa bulan lalu dan setiap minggu mesti berlaku catuan secara tiba-tiba di pusat berkenaan.

“Perkara itu sudah menjejaskan perniagaan kami kerana pelanggan tidak dapat datang membeli, selain menyebabkan pengunjung kurang datang ke premis ini.

“Justeru, kami berharap pihak SESB dapat memantau dan mengurangkan catuan bekalan elektrik di bangunan Eastern Plaza Tawau,” katanya.

Sementara itu, katanya, pihak pengurusan Eastern Plaza Tawau juga diminta supaya mengurus dengan lebih cekap bagi menarik pelanggan datang ke sini.

Katanya, Eastern Plaza Tawau adalah pusat beli belah terbesar di daerah ini, namun fasiliti yang disediakan kurang memuaskan sehingga ramai peniaga yang terpaksa tutup perniagaan.

“Kita melihat banyak masalah di pusat ini termasuklah lif dan tangga bergerak (eskalator) sudah lama tidak berfungsi, malah pencahayaan juga kurang memuaskan.

“Peniaga berasa tidak adil pihak pengurusan pusat ini tidak mengambil langkah terbaik untuk meningkatkan fasiliti di sini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement