Anda di sini

Perlumbaan kereta bertukar tragedi di Sri Lanka, tujuh maut

Advertisement
 

COLOMBO: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 21 lagi tercedera apabila sebuah kereta lumba merempuh ke arah penonton semasa acara sukan permotoran yang sesak anjuran tentera Sri Lanka, menurut pihak polis.

Seorang pemandu melanggar ke arah orang ramai di bahagian yang tidak dihadang di tepi trek semasa sirkit Fox Hill yang diuruskan oleh pihak tentera Sri Lanka.

Sebuah video yang dikongsikan secara meluas menerima media sosial menunjukkan beberapa marsyal trek melambaikan bendera kuning untuk memberi amaran kepada pemandu lain agar memperlahankan kereta selepas sebuah kereta terbalik di atas trak.

Para pemandu dilihat memecut laju dalam kepulan debu jingga sehingga sebuh kereta merah merempuh ke arah orang awam dan orang ramai telah kedengaran menjerit.

“Sejumlah 27 orang telah dibawa ke hospital dan tujuh maut akibat kecederaan mereka,” kata jurucakap Nihal Thalduwa sambil menambah bahawa seorang budak perempuan berusia lapan tahun antara yang terkorban.

Sejurus sebelum nahas itu, ketua tentera Vikum Liyanage mengumumkan bahawa pintu pagar telah dibuka kepada para penonton secara percuma bagi mempromosikan sukan permotoran itu yang diadakan buat kali pertama dalam tempoh lima tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi.

“Hari ini adalah satu hari yang sangat istimewa, kami memutuskan untuk membenarkan sesiapa sahaja untuk masuk secara percuma,” kata Liyanage, mendakwa kira-kira 100,000 penonton berada di sirkit Fox Hill, kira-kira 180 kilometer di timur Colombo.

Jalan raya Sri Lanka antara  yang paling berbahaya di dunia.
Secara kasar, lapan kematian dilaporkan setiap hari di atas jalan rayanya yang sepanjang 12,500 kilometer. - AFP

Advertisement