Anda di sini

Sukan antara agenda nasional semarakkan semangat patriotik dan perpaduan: Doris

Advertisement
Idris menyampaikan cenderamata kepada Doris sambil diperhatikan Suggom (dua kanan) serta ahli JKKK yang lain.
Idris menyampaikan cenderamata kepada Doris sambil diperhatikan Suggom (dua kanan) serta ahli JKKK yang lain.

SRI AMAN: Sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, sukan mampu menjadi wadah penting dalam usaha kita untuk membentuk Keluarga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Menurutnya, sukan telah mengajar kita untuk menyelami erti perpaduan, bekerjasama dan menanam rasa cinta kepada negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perlawanan Ramah-Tamah Liga Tertutup Futsal Belia Kampung Melayu, Balai Ringin pada Ahad.

Katanya, sukan telah mengikat kita sebagai bangsa yang tebal dengan nilai-nilai kasih sayang malah sukan telah menyatukan kita merentasi garis-garis kaum dan agama.

“Jangan sesekali kita mencemarkan keindahan dan kedamaian sukan dengan elemen atau pandangan negatif.

“Jadikanlah sukan sebagai jambatan untuk kita semua bersatu padu dan saling memahami serta jadikanlah sukan sebagai pentas untuk kita bersama-sama mengharumkan nama kampung kita ini dan sebagainya,” ujarnya.

Hadir sama pada program berkenaan, Ketua Kampung Idris Manap dan Penyelia Pusat Khidmat Parlimen Sri Aman Suggom Sadai.
 

  • oleh
  • Advertisement