Anda di sini

Curi basikal, lelaki dipenjara dua bulan

Advertisement
 

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun atas kesalahan mencuri basikal milik lelaki berusia 53 tahun.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Azmin Parlan yang mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mohamad Azmin melakukan kesalahan itu di rumah lelaki itu di Kampung Tabuan Lot di sini pada jam 5 pagi, 24 April 2024.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu pada hari kejadian membuat laporan polis menyatakan basikalnya dicuri.

Dimaklumkan, sepupu mangsa telah melihat Mohamad Azmin dan memaklumkan pemiliknya.

Mohamad Azmin seterusnya mengakui dia mencuri basikal itu dan menyembunyikannya di dalam semak di dalam hutan berhampiran.

Dia menyerahkan basikal itu kepada pemiliknya dan laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, basikal itu berharga kira-kira RM600.

Pendakwaan kes dikendalikan Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala Mohamad Azmin tidak diwakili peguam.
 

Advertisement