Anda di sini

Everrise lancar kad Black dan Platinum, tingkat pengalaman beli-belah pelanggan 

Advertisement
Yap (dua kanan) menerima cenderahati berbentuk beg kanvas beli-belah Everrise daripada Colin (dua kiri) sambil disaksikan Melody (kiri) dan Yeo (kanan) pada majlis tersebut.
Yap (dua kanan) menerima cenderahati berbentuk beg kanvas beli-belah Everrise daripada Colin (dua kiri) sambil disaksikan Melody (kiri) dan Yeo (kanan) pada majlis tersebut.

KUCHING: Everrise melancarkan kad Black dan Platinum baharunya semasa pelancaran rasmi kempen Everrise Member Super Rewards 2.0 di pusat beli-belah Vivacity Megamall di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap berkata, inisiatif tersebut menjadi satu peristiwa penting kepada Everrise untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyumbang kepada komuniti.

"Hari ini, Everrise menetapkan penanda aras baharu untuk program kesetiaan pelanggannya.

"Dengan kempen Member Super Rewards 2.0, ahli Black dan Platinum bukan sahaja dapat menukar kad fizikal milik mereka kepada premium, tetapi juga menikmati faedah eksklusif tambahan ganjaran kepada kesetiaan mereka.

"Ini termasuk memperoleh mata ahli tambahan, di mana ahli kad Black yang membuat pembelian RM750 dan ke atas boleh memperoleh 120 mata tambahan.

"Manakala, ahli Platinum yang membuat pembelian RM500 boleh memperoleh 80 mata tambahan," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Yap turut menekankan kesan berganda pada mata untuk pembelian jenama eksklusif Everrise, iaitu lima kali ganda untuk ahli kad Black dan tiga kali ganda bagi ahli Platinum, sekali gus menunjukkan dedikasi Everrise untuk tambah nilai.

"Penyediaan baucar e-diskaun yang besar, sehingga RM500 untuk ahli Black dan sehingga RM300 untuk ahli Platinum, boleh diakses melalui aplikasi Everrise, menggariskan lagi komitmen ini," katanya.

Beliau menambah, ahli Black dan Platinum yang menyokong usaha kelestarian Everrise dengan menggunakan beg kanvas Everrise semasa membuat pembelian minimum RM50 akan menerima tambahan 20 mata.

"Ini sebagai mesej bahawa pengguna yang bertanggungjawab akan diberi ganjaran di Everrise.

"Ini selaras dengan komitmen menerusi inisiatif 'Go Green Everrise' dalam mengurangkan sisa plastik ke arah bumi yang lebih hijau dan mampan bagi generasi akan datang," tegasnya.

Yap turut memberitahu ahli kad Black dan Platinum akan menerima diskaun istimewa tiga peratus untuk kategori terpilih setiap Isnin dan Khamis.

Acara itu turut menyaksikan Everrise menyerahkan RM8,000 kepada Pusat Khidmat Kota Sentosa di samping penyampaian sumbangan RM8,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) yang diterima Presidennya Manjeet Kaur Sidhu.

Turut hadir ialah Pengarah Kumpulan Everrise Colin Sia dan Yeo Siew Hui bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya Melody Chum.
 

  • oleh
  • Advertisement