Anda di sini

Guatemala serbu pejabat NGO dituduh dera kanak-kanak

Advertisement

Operasi untuk cari dan rampas bukti di premis Save the Children

Dua pegawai dilihat di luar pejabat NGO Save the Children semasa serbuan di Bandar Guatemala kelmarin. — Gambar AFP
Dua pegawai dilihat di luar pejabat NGO Save the Children semasa serbuan di Bandar Guatemala kelmarin. — Gambar AFP

BANDAR GUATEMALA: Pejabat peguam negara Guatemala kelmarin menyerbu beberapa pejabat milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa sebagai sebahagian daripada siasatan mengenai tuduhan penderaan kanak-kanak, kata seorang pegawai.

Seorang jurucakap Save the Children mengesahkan sejurus kemudian bahawa pihak berkuasa telah tiba di pejabatnya di Bandar Guatemala, namun menolak untuk memberikan lebih banyak maklumat.

Operasi tersebut merupakan hasil daripada “siasatan transnasional bagi kepentingan utama, oleh sebab ia melibatkan tindakan yang akan dikaitkan dengan penderaan dan salah laku terhadap kanak-kanak Guatemala,” kata pendakwa raya negara Rafael Curruchiche dalam sebuah video yang dipaparkan di media sosial.

Pihak berkuasa di negeri Texas, Amerika Syarikat terlibat dalam kes itu, katanya.

“Operasi melibatkan pemeriksaan, pencarian dan rampasan bukti,” tambah Curruchiche, yang mengetuai pejabat pendakwa raya khas terhadap pembebasan dari hukuman. — AFP
 

Advertisement