Anda di sini

Kemurahan hati, dedikasi Everrise kepada komuniti harus dipuji: Yap

Advertisement
Yap (dua kanan) menerima replika cek mewakili Pusat Khidmat Kota Sentosa daripada Colin (dua kiri) sambil disaksikan Melody (kiri) dan Yeo (kanan).
Yap (dua kanan) menerima replika cek mewakili Pusat Khidmat Kota Sentosa daripada Colin (dua kiri) sambil disaksikan Melody (kiri) dan Yeo (kanan).

KUCHING: Everrise harus dipuji kerana bermurah hati dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada komuniti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wilfred Yap.

Menurutnya, Everrise mempunyai pelbagai pakej derma dan inisiatif yang menyokong masyarakat, terutamanya golongan kurang bernasib baik.

"Melalui pakej derma yang murah hati dan inisiatif sokongan, Everrise telah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, terutamanya ketika waktu-waktu yang mencabar," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rasmi kempen Everrise Member Super Rewards 2.0 yang diadakan di pusat beli-belah Vivacity Megamall di sini, hari ini.

Yap berkata, komitmen dalam menyokong masyarakat itu bukan sekadar menyediakan keperluan penting, malah menaikkan semangat dan memupuk rasa kebersamaan.

Justeru katanya, pelancaran Member Super Rewards 2.0 bukan sekadar bukti dedikasi Everrise kepada pelanggannya, tetapi juga peranannya sebagai juara komuniti.  

"Sambil kita bergerak ke hadapan, marilah kita meraikan lembaran baharu ini dengan mengetahui bahawa pilihan kita boleh mewujudkan kesan positif dan sokongan ke seluruh komuniti.

"Terima kasih Everrise atas kepimpinan dan komitmen anda dalam memastikan kesejahteraan masyarakat serta terus berkembang dan menyokong satu sama lain," ujarnya.

Acara itu turut menyaksikan Everrise menyerahkan RM8,000 kepada Pusat Khidmat Kota Sentosa dan sumbangan RM8,000 kepada Pertubuhan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) yang diterima Presidennya Manjeet Kaur Sidhu.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Everrise Colin Sia dalam ucapannya berkata, pihaknya melancarkan kempen Member Super Rewards 2.0 susulan inisiatif Ahli Super Rewards pada tahun lepas yang mendapat penyertaan ramai.

"Sekali lagi, diilhamkan oleh sokongan anda dan menjadi komitmen kami untuk terus meningkatkan pengalaman membeli-belah anda di Everrise, kami sangat teruja untuk memperkenalkan kempen Member Super Rewards 2.0," katanya.

Menerusi kempen yang dipertingkatkan itu, pihaknya menyasarkan untuk memberi ganjaran kepada ahli setianya dan menggalakkan gaya hidup yang lebih mampan dalam komuniti, katanya.

"Secara ringkas pihak kami menawarkan E-Spin & Win, Kempen Go Green, E-Cop, Beli & Menang, penebusan ahli, program rujukan dan pendaftaran keahlian percuma sepanjang kempen tersebut," jelasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Kumpulan Everrise Yeo Siew Hui bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya Melody Chum.
 

  • oleh
  • Advertisement