Anda di sini

Kerajaan tidak statik sedia prasarana sukan di seluruh Sarawak: Abdul Karim

Advertisement
Abdul Karim (belakang, lima kiri) dan tetamu lain menyanyikan lagu SUKMA Sarawak pada majlis tersebut.
Abdul Karim (belakang, lima kiri) dan tetamu lain menyanyikan lagu SUKMA Sarawak pada majlis tersebut.

LAWAS: Kerajaan tidak statik dalam menyediakan kemudahan dan prasarana sukan di seluruh Sarawak termasuk perancangan membina sekurang-kurangnya 18 kompleks sukan mini di wilayah ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, adalah menjadi cabaran bagi kerajaan untuk menyediakan prasarana sukan membabitkan wilayah yang agak besar di Sarawak, justeru ia dilaksanakan secara berperingkat.

“Mengenai prasarana sukan, memang kita berusaha untuk meningkatkannya termasuk dewan suarah serta kompleks sukan mini dan ia memerlukan masa.

“Keutamaan akan diberikan kepada pusat bandar dulu, agar tiap-tiap bahagian mempunyai kompleks sukan yang besar, diikuti di setiap daerah dan kita dalam perancangan  membangunkan sekurang-kurangnya 18 kompleks sukan mini dan ini menunjukan kita tidak statik dalam usaha meningkatkan prasarana ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang bermula hari ini di Bahagian Limbang, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi dan tetamu kenamaan lain.

Abdul Karim berkata, wakil rakyat di setiap kawasan juga perlu mengatur dana dan peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk menyediakan prasarana sukan dalam memastikan rakyat dapat bersukan dan menjadikan sukan sebagai budaya dan gaya hidup.

Pada masa sama katanya, melalui pembangunan prasarana masyarakat setempat dapat memperoleh manfaat khususnya dari segi kemajuan dalam bidang sukan.
 

  • oleh
  • Advertisement