Anda di sini

Lelaki Indonesia tunggang motosikal dipercayai dicuri ditahan di Serian

Advertisement
Penunggang motosikal warga asing ditahan kerana menunggang motosikal disyaki dicuri ketika rondaan dilakukan oleh JPJ di Serian, Isnin lalu.
Penunggang motosikal warga asing ditahan kerana menunggang motosikal disyaki dicuri ketika rondaan dilakukan oleh JPJ di Serian, Isnin lalu.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menahan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai dicuri ketika membuat rondaan di sekitar Serian pada Isnin lalu.

JPJ Sarawak berkata, lelaki warga asing itu ditahan oleh pasukan Operasi Stesen Penguatkuasaan, Serian sekitar jam 12 tengah hari.

"Suspek ditahan ketika rondaan dilakukan pihak penguat kuasa di sekitar Serian dari arah Siburan menuju ke bandar Serian. 

"Dalam perjalanan tersebut, pasukan operasi telah menahan sebuah motosikal yang agak mencurigakan," katanya menerusi hantaran di Facebook JPJ Sarawak, hari ini.

Jelasnya, penunggang merupakan warganegara Indonesia dan tidak mempunyai lesen memandu serta tidak membawa pasport.

"Lelaki itu disyaki ingin melarikan diri, namun cubaan itu gagal apabila ditahan oleh anggota yang bertugas. 

"Pasukan operasi segera menghubungi Balai Polis Serian untuk tindakan lanjut," jelasnya.

Dalam pada itu, hasil semakan pihak polis mendapati motosikal digunakan suspek tersebut dilaporkan hilang beberapa hari sebelumnya. 

Tambahnya, turut ditemui daripada suspek ialah dompet orang awam yang dilaporkan hilang.

Ujarnya, pihak polis sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai kaitan dengan beberapa lagi kes curi motosikal dilaporkan di Serian sebelum ini.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, iaitu jenayah mencuri kenderaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun jika sabit kesalahan," tegasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement