Anda di sini

Stesen pertukaran ART bagi projek KUTS sedang dibina di Simpang Tiga

Advertisement
Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukkan kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.
Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukkan kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.

KUCHING: Stesen pertukaran Autonomous Rapid Transit (ART) bagi projek Sistem Pembangunan Bandar Kuching (KUTS) kini sedang dibina di kawasan Simpang Tiga. 

Sarawak Metro Sdn Bhd dalam catatan di Facebooknya hari ini berkata, stesen pertukaran tersebut merupakan sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan bagi Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending. 

"Stesen ART ini akan berfungsi sebagai pertukaran bagi Laluan Biru dan Laluan Merah. 

"Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending meliputi jarak 12.3 kilometer (km)," katanya. 

Sarawak Metro dalam catatannya juga menyatakan kerja-kerja pembersihan tapak kini telah siap. 

Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukkan kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.
Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukkan kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.

Manakala, kerja-kerja ujian beban dinamik (PDA) untuk cerucuk persegi konkrit bertetulang (RC) dan kerja cerucuk gerudi sedang dijalankan di tapak.
 
Sementara itu, menurut laporan berita pada 25 Disember tahun lalu, Sarawak Metro menganugerahkan syarikat usaha sama terdiri daripada Sri Datai Construction (Sarawak) Sdn Bhd, JT JV Builders Sdn Bhd dan CHEC Construction (M) Sdn Bhd dengan kontrak untuk membina infrastruktur bagi Laluan Merah. 

Selain membina lorong khusus bagi ART, kontrak bernilai RM943 juta itu juga melibatkan kerja-kerja pelebaran jalan dan kerja-kerja infrastruktur lain dan pembinaan dijadualkan siap pada Disember 2026. 

Sementara itu, Laluan Biru meliputi jarak 27.6km dari Rembus di Kota Samarahan ke Hikmah Exchange yang terletak di pusat Bandar, manakala Laluan Hijau (30km) adalah dari Pending ke Damai. 

Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukkan kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.
Gambar-gambar yang dikongsi Sarawak Metro menerusi Facebook menunjukkan kerja-kerja sedang dijalankan di tapak projek.

Pada 20 April lalu, Sarawak Metro turut menyatakan pembinaan Depot ART Rembus dijadualkan siap pada suku keempat 2025. 
 

Advertisement