Anda di sini

Ruffedge bakal membuat kemunculan di Kuching pada 30 April ini

Advertisement
Poster menunjukkan Ruffedge akan membuat kemunculan pada Showcase Raya CATS bersama barisan penyampai CATS FM di Plaza Merdeka, 30 April ini.
Poster menunjukkan Ruffedge akan membuat kemunculan pada Showcase Raya CATS bersama barisan penyampai CATS FM di Plaza Merdeka, 30 April ini.

KUCHING: Sebuah kumpulan hip hop dan R&B yang sangat popular di akhir tahun 90an dan awal 2000-an, Ruffedge, bakal membuat kemunculan pada Showcase Raya CATS di Plaza Merdeka di sini, pada 30 April ini.

Pengurus Program Fadzli Daud berkata Ruffedge yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Bila Rindu dan Tipah Tertipu akan membuat persembahan istimewa pada showcase anjuran CATS FM itu nanti.

“CATS bawa Ruffedge ke Kuching atas permintaan peminat dan kita jangkakan ramai peminat akan datang melihat persembahan mereka.  

“Selain Ruffedge, kita juga menjemput artis tempatan Adruce Azman untuk menghiburkan pengunjung pada Showcase Raya CATS yang akan bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain persembahan nyanyian, pelbagai pengisian dirancang untuk menggamatkan suasana Showcase Raya CATS yang turut dihadiri para penyampai CATS.

Orang ramai turut berpeluang menyertai aktiviti berkenaan dan memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk barangan elektrik dan hamper.

Selain itu, sesuai dengan tema Raya, Showcase Raya CATS turut menghidangkan kek lapis, makanan ringan sertaminuman ringan kepada orang ramai yang hadir menyaksikan showcase berkenaan.

Advertisement