Anda di sini

Sepanyol rampas 25 tan dadah disembunyi dalam trak

Advertisement
 


BARCELONA: Polis Sepanyol telah merampas 25 tan hashish bernilai 50 juta euro yang disembunyikan dalam sebuah trak dari Maghribi, rampasan yang paling besar dalam tempoh hampir satu dekad, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Dadah telah disembunyikan dalam 22 buah kabin kayu di dalam trak yang tiba di pelabuhan selatan  Algeciras, dalam perjalanan ke Perpignan di selatan Perancis, menurut pihak polis dan kastam dalam satu kenyataan bersama.

Dokumentasi trak itu mendakwa ia membawa buah tembikai susu namun kenderaan itu diperuntukkan bagi pemeriksaan oleh seorang anggota polis yang sedang meronda di pelabuhan dengan bantuan seekor anjing pengesan.

Ia merupakan rampasan hashish paling besar dijumpai dalam sebuah kenderaan di Sepanyol sejak 2015  ketika pihak polis menemui hampir 48 tan di dalam dua buah trak, juga di pelabuhan Algeciras, menurut kenyataan tersebut.

Dalam kes terkini, polis telah menahan pemandu trak, yang telah dibawa ke depan seorang hakim untuk disoalsiasat.

Sepanyol merupakan salah satu dari pintu masuk utama untuk dadah ke Eropah berdasarkan hubungan rapatnya dengan Amerika Latin dan kedekatannya dengan Maghribi.

Amerika Latin merupakan sumber utama bagi kokain dan Maghribi merupakan sumber utma bagi hashish, sejenis bahan berwarna coklat yang melekit diperbuat dari damar pokok ganja. - AFP
 

Advertisement