Anda di sini

Wanita cedera ditikam, menteri terlibat kemalangan kereta di Israel

Advertisement


       

 


                                
RAMLA: Seorang wanita telah ditikam dan penyerangnya dibunuh berhampiran bandar Tel Aviv di Israel pada Jumaat, ketika Menteri Keselamatan Negara haluan kanan di negara itu Itamar Ben Gvir telah tercedera dalam satu kemalangan kereta ketika beliau pulang dari memberikan taklimat kepada wartawan di tempat kejadian, kata pihak berkuasa.

Wanita muda telah ditikam di bandar Ramla dan telah dibawa ke hospital, kata polis dan paramedik. Mereka menyatakan penyerang telah terbunuh, tanpa memberikan maklumat lanjut.

“Kami menerima seorang wanita yang tercedera dari tembakan dan kecederaan ditikam dalam usia 20-an,” Ortal Sheffer, seorang doktor di Pusat Perubatan Shamir (Assaf Harofe) menyatakan dalam satu kenyataan video yang dikongsikan oleh pihak hospital.

Sheffer tidak menjelaskan bagaimana wanita itu mengalami kecederaan akibat tembakan, namun menyatakan dia berada dalam keadaan stabil.

Dalam perjalanannya pulang selepas memberikan taklimat kepada wartawan di tempat kejadian, menteri Ben Gvir dan tiga orang lagi telah tercedera dalam satu kemalangan kereta yang mengejutkan.

“Empat kecederaan tambahan tiba hasil dari sebuah kenderaan terbalik, termasuk Menteri Itamar Ben Gvir," kata Sheffer.

Mereka “tiba dalam keadaan cedera ringan” namun akan terus berada di hospital bagi pengawasan semalaman, tambah Sheffer.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian melihat dua buah kereta yang rosak, sebuah darinya terbalik. Media Israel melaporkan Ben Gvir telah menaiki kenderaan ini.

Polis menyatakan jabatan trafik sedang menyiasat satu “kemalangan di Ramla. 

Melibatkan dua buah kenderaan, termasuk kenderaan Menteri Keselamatan Negara.”

Ben Gvir telah mengadakan satu sidang media di tempat kejadian tikaman, menyatakan seorang warga awam telah membunuh penyerang dan mendakwa bahawa “senjata telah menyelamatkan nyawa.”

“Saya berada dalam keadaan terkejut ketika saya mengetahui bahawa orang awam itu telah mendapat senjatanya pada empat bulan lepas sebagai sebahagian dari reformasi senjata yang saya nyatakan,” menurut Ben Gvir.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian tikaman melihat satu beg mayat dan ramai anggota polis.

Perkhidmatan perubatan kecemasan Magen David Adom di Israel menyatakan ia telah dimaklumkan mengenai kejadian tikaman di Harduf Street pada sekitar jam 4:20 petang waktu tempatan.

Pihak perubatan merawat “wanita dalam keadaan serius namun msih sedar dengan satu luka akibat kelaran di bahagian atas badannya” dan membawa dia ke hospital, menurut seorang jurucakap.

Beberapa serangan pisau berbahaya telah berlaku di sekitar Israel dan Tebing barat yang ditawan sejak peperangan di Gaza meletus berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel.

Serangan Hamas membawa kepada kematian 1,170 orang di Israel, kebanyakannya adalah warga awam, menurut kepada kiraan AFP berdasarkan kepada jumlah rasmi dari Israel.

Serangan balas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 34,356 orang di Gaza, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, menurut pihak kementerian kesihatan di wilayah yang ditawan oleh Hamas. - AFP
 

Advertisement