Anda di sini

72 peserta sertai Bengkel Teknik Menjawab Soalan Fizik SPM

Advertisement
Phang (depan, tiga kanan) bersama jawatankuasa penganjur, guru dan pelajar yang menyertai Bengkel Tenik Menjawab Soalan Fizik SPM di Wisma STU Miri. 
Phang (depan, tiga kanan) bersama jawatankuasa penganjur, guru dan pelajar yang menyertai Bengkel Tenik Menjawab Soalan Fizik SPM di Wisma STU Miri. 

MIRI: Seramai 72 peserta terdiri daripada guru Fizik dan pelajar tingkatan lima dari 10 sekolah menengah di sini menghadiri Bengkel Teknik Menjawab Soalan Fizik SPM di Wisma Kesatuan Guru Sarawak (STU) di sini Sabtu lalu. 

Jumlah tersebut melibatkan penyertaan dua sekolah dari kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis yang merupakan anak-anak ahli STU Cawangan Miri.

Bengkel itu diadakan serentak dengan perasmian projek menaik taraf bilik seminar Wisma STU Miri disempurnakan oleh Kaunselor Jeffery Phang yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin. 

Sementara itu, penceramah Bengkel Fizik SPM dijayakan oleh Guru Fizik berpengalaman Yong Hong Then dari SMK Chung Hua (CF) Miri. 

Jawatankuasa STU Miri merakamkan penghargaan atas penyertaan guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Chung Hua (CF) Miri, SMK Luak, SMK St Joseph, SMK Dato Permaisuri, SMK Pujut, SMK Taman Tunku, SMK Agama Miri, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, SMK Merbau, SMK Baru Miri, SMK St Columba (M), SMK Subis dan SMK Luar Bandar Miri. 

Advertisement