Anda di sini

Akrab Daerah Kanowit jayakan khidmat komuniti di PDK Muhibbah Sungai Bawan

Advertisement
Ahli-ahli Akrab Daerah Kanowit bersama ahli dan staf PDK Muhibbah Sungai Bawan, Kanowit.
Ahli-ahli Akrab Daerah Kanowit bersama ahli dan staf PDK Muhibbah Sungai Bawan, Kanowit.

KANOWIT: Seramai 15 ahli Akrab Daerah Kanowit telah mengadakan program khidmat komuniti di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Muhibbah di Sungai Bawan di sini pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan medianya, PPDK Muhibbah di Sungai Bawan merupakan pusat pemulihan orang kurang upaya yang telah diasaskan mendiang Ken Nakazawa pada 2006, yang merupakan warganegara Jepun.

"Program yang berlangsung selama lima jam itu memberi tumpuan kepada aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar dan dalam bangunan PDK," kata kenyataan itu.

Turut berlangsung adalah penyerahan sumbangan daripada Akrab Daerah Kanowit kepada PPDK Muhibbah yang disampaikan Timbalan PPD Daerah Kanowit Hipnee Piee kepada Penyelia PPDK Josephine Bubung.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan individu terhadap komuniti warga emas dan kurang upaya tanpa mengira agama, bangsa dan kepercayaan. 

Pada masa yang sama, ia juga bertujuan memberi sumbangan dan tenaga kepada golongan warga emas dan kurang upaya.

Pada kemuncak program, para pelawat telah disajikan dengan persembahan ngajat oleh ahli PPDK sambil diiringi alat muzik tradisional yang turut dimainkan ahli-ahli PPDK.

Advertisement