Anda di sini

CIS serah RM100,000 zakat perniagaan kepada Pusat Zakat Sabah

Advertisement
 Japlin menyaksikan penyerahan zakat perniagaan tahun 2023 Cement Indusries (Sabah) Sdn Bhd yang diserahkan Sumardi Mohd Yusof kepada Dahlan Marali dari Pusat Zakat Sabah.
SERAH: Japlin menyaksikan penyerahan zakat perniagaan tahun 2023 Cement Indusries (Sabah) Sdn Bhd yang diserahkan Sumardi Mohd Yusof kepada Dahlan Marali dari Pusat Zakat Sabah.


KOTA KINABALU: Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini, kelmarin.


Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim yang diserahkan kepada Pusat Zakat Sabah yang diwakili Dahlan Marali yang merupakan Ketua Sektor Operasi dan Wilayah Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).


Turut hadir menyaksikan penyerahan zakat Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO), Azrul Ahmad, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta kakitangan CIS.


Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.


"Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang," katanya.

  • oleh
  • Advertisement