Anda di sini

Dua maut pikap bertembung lori muatan batu

Advertisement
Kemalangan maut yang mengorbankan dua lelaki di Kampung Bakol, Limbang hari ini.
Kemalangan maut yang mengorbankan dua lelaki di Kampung Bakol, Limbang hari ini.

LIMBANG: Dua lelaki maut apabila pikap yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori muatan batu berhampiran Kampung Bakol dekat sini, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian yang berlaku jam 2.57 petang itu meragut nyawa Mohamad Ardie Khan Karim 39, dan Ngu Tiong Hien, 33.

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah pikap dan sebuah lori yang berlanggar dari bahagian tepi.

“Terdapat dua mangsa terlibat iaitu seorang mangsa tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang mangsa lagi masih tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Kedua-dua mangsa didapati tidak sedarkan diri,” katanya.

Jelas kenyataan itu, komander operasi berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu menggunakan peralatan menyelamat dalam jentera.

“Pemeriksaan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, anggota bomba bertolak balik ke balai.  

Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 3.38 petang.

  • oleh
  • Advertisement