Anda di sini

JBPPKT sampaikan hadiah dan sijil pertandingan hias beranda

Advertisement
Abdul Gani (tiga kiri) merakam gambar bersama para pemenang pertandingan pada majlis tersebut semalam.
Abdul Gani (tiga kiri) merakam gambar bersama para pemenang pertandingan pada majlis tersebut semalam.

SARIKEI: Jawatankuasa Bertindak Persediaan Perpindahan Kampung Tradisi (JBPPKT) Sarikei telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Bagi Pertandingan Menghias Beranda Rumah sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri semalam.

Pengerusinya Abdul Gani Ali berkata, pertandingan tersebut merupakan salah satu usaha pihak jawatankuasa dalam memeriahkan sambutan Hari Raya di kejiranan berkenaan.

“Program ini turut menjadi platform dalam mengasah bakat penduduk kampung dalam menghias rumah masing-masing.

“Selain itu juga, program ini akan menjadi asas kepada semua dalam mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Majlis telah berlangsung di rumah Abdul Gani di mana pertandingan ini telah disertai sebanyak 12 rumah.

“Pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang amat memberangsangkan daripada penduduk di kejiranan ini.

“Pada masa yang sama juga, semua pihak turut memberikan kerjasama yang amat baik terhadap pertandingan ini,” ujar Abdul Gani.

Tempat pertama dimenangi Dayang Hanipah Awang Dilah, naib johan Masni Rapa'ee dan tempat ketiga Nor Fitriyani Ramlee.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Kampung Abdullah Abu Bakar.
 

Advertisement