Anda di sini

Keldai akaun didenda RM500

Advertisement
 

MIRI: Seorang keldai akaun didenda RM500 atau seminggu penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memiliki sejumlah wang yang diperolehi secara tidak sah.

Brosny Juwis, 34, dari Desa Pujut di sini didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak).

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada memiliki wang berjumlah RM3,465 di dalam akaunnya yang diperolehi secara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.19 malam, 9 November 2023 di sebuah lot di Riverview Park Fasa 5, Jalan Lutong-Kuala Baram di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu agar hukuman ke atasnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain di hadapan Majistret Randu Rangen. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement