Anda di sini

Nadal tebus kekalahannya kepada Minaur di Barcelona

Advertisement
Nadal (kiri) bergambar dengan Minaur selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua di Kejohanan Terbuka Madrid di Caja Magica. — Gambar AFP
Nadal (kiri) bergambar dengan Minaur selepas tamat perlawanan di antara mereka berdua di Kejohanan Terbuka Madrid di Caja Magica. — Gambar AFP


MADRID: Rafael Nadal menebus kekalahannya kepada Alex de Minaur di Barcelona dengan kemenangan 7-6(8/6) dan 6-3 untuk meneruskan aksi di sini pada apa yang mungkin penampilan terakhir di kejohanan di tanahairnya tetapi mengakui dia masih “memerlukan masa” untuk kembali ke kemuncak permainannya.

Jelajah selamat tinggal Nadal musim ini mempertemukan dia dengan De Minaur sebanyak dua kali dalam beberapa minggu tetapi kali ini, keputusan memihak kepada juara 22 kali kejohanan Grand Slam itu untuk menempah pertemuan pusingan ketiga menentang Pedro Cachin dari Argentina.

Di hadapan barisan penonton terkenal seperti Raya Sepanyol, Felipe IV, bintang legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane dan pemain sayap semasa kelab Real Madrid, Vinicius Junior, Nadal berhempas-pulas untuk menewaskan pemain ranking ke-11 dunia walaupun mengakui sebelum kejohanan di mana dia masih bergelut dengan beberapa isu fizikal.

Ia adalah aksi memberangsangkan untuk pemain berusia 37 tahun itu tetapi dia dengan pantas menolak cadangan di mana dia menghampiri prestasi terbaiknya.

“Tidak, belum lagi. Ia memerlukan masa,” kata Nadal. “Untuk bermain lebih dua jam sangat bermakna bagi saya dan suasana di sini sememangnya hebat. Hanya satu langkah demi satu langkah dan kita akan lihat bagaimana saya mengembalikan tenaga.”

Nadal, juara lima kali kejohanan di sini, berkata dia belum membuat keputusan sama ada akan beraksi di Terbuka Perancis sehingga selepas kejohanan di Rom bermula minggu hadapan, dan menjelaskan bahawa faktor utama yang akan menjadi penentu penyertaannya.

“Ia bukan tentang menang atau kalah. Ia tentang memasuki gelanggang di mana saya merasakan saya boleh bersaing dan bermain dengan kompetetif,” kata jaguh dari Sepanyol itu.

Pada perlawanan lain, Stefanos Tsitsipas dikejutkan di pusingan kedua oleh pemain ranking ke-118 dunia, Thiago Monteiro.

Jaguh dari Greece itu tiba di Madrid dengan rekod hanya satu kekalahan dari 11 perlawanan di musim permukaan tanah liat, sebelum tewas 6-4 dan 6-4 kepada pemain kelayakan dari Brazil dalam masa lebih 90 minit.

Pemain ranking ketujuh dunia itu menerima laluan percuma ke pusingan kedua dan tiba di kejohanan dengan memenangi kejuaraan ketiga di Monte Carlo dan muncul naib juara di Barcelona dalam dua minggu terakhir.

“Apa yang pasti, ini adalah kemenangan terbesar dalam karier saya,” kata Monteiro.

Pemain pilihan pertama kejohanan, Jannik Sinner, tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kemaraan apabila menewaskan rakan senegaranya dari Itali, Lorenzo Sonego 6-0 dan 6-3 dalam masa 69 minit.

Melangkah ke pusingan ketiga kejohanan di sini buat kali kedua dalam tiga penampilan, Sannik akan bertemu Pavel Kotov.

Pemain pilihan ketiga dari Rusia, Daniil Medvedev bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Matteo Arnaldi dari Itali 2-6, 6-4 dan 6-4 untuk menempah pertemuan menentang Sebastian Korda.

Dalam bahagian wanita, finalis tahun lepas, Iga Swiatek, mudah menewaskan Sorana Cirstea dari Romania 6-1 dan 6-1 untuk menempah pertemuan pusingan keempat menentang pemain tuan rumah, Sara Sorribes Tormo.

Ons Jaeur, juara di sini pad 2022, menewaskan pemain muda dari Kanada, Leylah Fernandez 7-5, 2-6 dan 6-4 untuk melangkah ke pusingan 16 akhir sementara juara Terbuka Amerika, Coco Gauff, mensia-siakan pendahuluan 5-0 pada set pertama sebelum menang 6-4 dan 6-1 ke atas Dayana Yastremska dari Ukraine. — AFP

Advertisement