Anda di sini

Orang awam bantu mangsa ragut terima penghargaan 

Advertisement


Kenny Ng Chau Seng dan Chomson Gon terima penghargaan daripada pihak IPD Padawan 

Kedua-dua orang awam yang membantu mangsa ragut menerima penghargaan daripada pihak IPD Padawan hari ini.
Kedua-dua orang awam yang membantu mangsa ragut menerima penghargaan daripada pihak IPD Padawan hari ini.

KUCHING: Dua orang awam yang membantu seorang mangsa ragut di Jalan Desa Wira, Batu Kawa baru-baru ini menerima penghargaan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan hari ini.

Tindakan pantas dua lelaki iaitu Kenny Ng Chau Seng, 46 dan Chomson Gon, 30 menunjukkan sikap yang ikhlas ketika membantu mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, kedua-dua orang awam terbabit telah membantu seorang wanita berusia 50-an selepas disamun dua suspek pada 22 April lalu sekitar jam 7.54 pagi.

Menurutnya, dua individu itu bertindak pantas seperti yang terdapat dalam rakaman video 'dashcam' ketika jenayah samun itu berlaku.

"Kedua-dua mereka itu tanpa disedari telah mempamerkan tindakan yang penuh keikhlasan tanpa mengira kepentingan peribadi dalam menyelamatkan harta benda dan nyawa orang lain.

"Tindakan pantas dan sikap mulia sebegini wajar dijadikan teladan oleh setiap lapisan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Lim menyempurnakan majlis penghargaan ke atas dua individu tersebut di Bilik Mesyuarat Utama, IPD Padawan.

Mengenai perkembangan kes ragut terbabit, dua lelaki yang terlibat telah dituduh di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen Kuching pagi tadi.

Jelasnya, mereka mengaku bersalah dalam pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan.

Pada 22 April lalu, berlaku kejadian samun ragut melibatkan seorang mangsa wanita dengan dua lelaki yang menaiki motosikal di Jalan Desa Wira, Batu Kawa.

Dengan bantuan pantas orang awam, seorang lelaki diberkas manakala seorang lagi telah melarikan diri.

"Hasil kecekapan dan risikan maklumat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Padawan berjaya memberkas seorang suspek yang lolos pada sebelah petang hari yang sama," ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement