Anda di sini

Penduduk di Kampung Sileng bakal menikmati pelbagai kemudahan asas

Advertisement
Azizul melakukan simbolik perasmian bersama tetamu lain pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Sileng Melayu Lundu, malam Sabtu lalu. 
Azizul melakukan simbolik perasmian bersama tetamu lain pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Sileng Melayu Lundu, malam Sabtu lalu. 

KUCHING: Penduduk di Kampung Sileng bakal menikmati pelbagai kemudahan asas yang sedang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata, sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan beberapa projek insfrastruktur untuk konstituensi Tanjong Datu.

“Antara projeknya ialah pembinaan benteng hakisan sungai di sepanjang Kampung Sileng dengan perbelanjaan RM13 juta.

“Projek ini sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Sileng Melayu Lundu di Lundu, malam Sabtu lalu.

Majlis rumah terbuka itu merupakan anjuran Kampung Sileng Melayu, Kampung Sileng Melayu Baru, Kampung Pulo Ayer dan Kampung Seketi.

Selain itu, kata Azizul, kerajaan turut menyalurkan dana sebanyak RM30 juta untuk pekan Lundu bagi mengatasi masalah banjir yang sering menjejaskan aktiviti penduduk termasuk mereka yang datang dari Kampung Sileng. 

Bagi perancangan masa depan pula, Kerajaan Sarawak telah menyalurkan dana sebanyak RM3.5 juta untuk membina dewan serba guna baharu di Kampung Sileng.

“Ia bagi memudahkan penganjuran aktiviti dan majlis pada masa akan datang.

“Sehubungan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas peruntukan yang diberikan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di kawasan ini,” katanya.

Majlis rumah terbuka yang melibatkan empat kampung iaitu Kampung Sileng Melayu, Kampung Sileng Melayu Baru, Kampung Pulo Ayer dan Kampung Seketi  itu turut mendapat liputan daripada JWTV Indonesia yang dihadiri sendiri oleh Presidennya Rudi Alhamdi Saputra A. Md.

  • oleh
  • Advertisement