Anda di sini

Sabah perlu ada piawaian baharu pengurusan sisa terjadual

Advertisement
 Phoong (empat kiri) bersama wakil penganjur dan tetamu jemputan melancarkan gimik perasmian majlis itu.
RASMI: Phoong (empat kiri) bersama wakil penganjur dan tetamu jemputan melancarkan gimik perasmian majlis itu.

KOTA KINABALU: Sabah kini mencapai tahap untuk memiliki kemudahan dengan piawaian baharu dalam pengurusan sisa terjadual melalui amalan inovatif dan teknologi maju.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, langkah itu juga menawarkan penyelesaian yang sesuai untuk pelbagai keperluan industri.

Katanya, pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan adalah tunggak asas utama Pelan Tindakan Pembangunan Negeri Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurutnya, kemudahan yang dilancarkan oleh Tex Evolusi Waste Management Sdn Bhd di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) menyokong amalan pembangunan mampan dalam industri berkenaan yang akan akan merawat lebih banyak sisa kimia baharu, meminimumkan kesan kepada tanah, dan mengurangkan pencemaran.

 "Melalui penggalakan amalan lestari alam sekitar, kami meletakkan asas untuk masa depan yang lebih hijau dan lebih berdaya tahan.

"Saya ingin melihat Tex Evolusi menetapkan piawaian baharu dan amalan terbaik untuk dicontohi semua," katanya pada majlis Pelancaran Pusat Pengurusan Sisa Terjadual Bersepadu di SOGIP di sini hari ini. Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe.

Beliau berkata, menerusi kemudahan berkenaan, ia bukan sahaja melengkapkan usaha kelestarian alam sekitar di negeri ini, malah membuka langkah dalam pemindahan teknologi serta meningkatkan sistem pengurusan sisa.

Selain itu jelasnya,  usaha itu turut menyokong projek minyak dan gas di bawah komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Dengan adanya kemudahan ini di Sabah, ia memberi faedah penjimatan kos untuk pelanggan dan pemain pasaran semasa dengan menghapuskan keperluan untuk mengangkut sisa terjadual untuk rawatan di luar Sabah.

"Inisiatif ini juga akan membawa impak positif kepada ekonomi tempatan negeri serta membuka peluang pekerjaan untuk individu mahir dan separa mahir dari Sabah yang amat perlu diberi perhatian.

"Saya difahamkan, Tex Evolusi menyasarkan untuk mencapai 70 peratus tenaga kerja Sabah dalam tempoh dua tahun pertama dan akan ditingkatkan kepada 99 peratus menjelang tahun kelima," jelasnya. 

Hajiji berkata, langkah itu juga sememangnya sejajar dengan aspirasi pelan tindakan pembangunan negeri ini dalam mewujudkan pekerjaan serta memupuk pertumbuhan mampan dan kemakmuran untuk rakyat Sabah.
 

  • oleh
  • Advertisement